Informasi perubatan dalam Bahasa Malaysia sukar dicari di Internet. Saya harap usaha saya dapat memberi faedah kepada umum yang memerlukan penerangan dalam Bahasa Malaysia.

Tuesday, May 17, 2011

Cucuk air tulang belakang? (Lumbar puncture)


Cucuk air tulang belakang? 
Kenapa doktor suka ambil air tulang belakang?  Boleh lumpuh kan?
Itulah reaksi yang sering doktor-doktor di Malaysia dapati apabila meminta keizinan untuk mengambil air tulang belakang, atau nama Inggerisnya, lumbar puncture. 
Sebenarnya mengambil air tulang belakang ini bukan suka-suka.  Prosesnya rumit sedikit dan ia hanya dilakukan jika pesakit betul-betul memerlukannya. 
Antara kegunaannya ialah diagnosa penyakit meningitis (infeksi selaput otak).  Meningitis disebabkan bakteria, virus atau fungi.  Simptom penyakit meningitis juga tidak spesifik: ia hampir sama seperti demam biasa.  Pesakit dewasa akan mengalami demam,  pening kepala, sakit badan dan sendi dan berperangai tidak seperti biasa.  Semakin lama penyakit ini tidak diubati, pesakit tidak suka cahaya terang (photophobia), sawan, ruam (jika berpunca dari bakteria Meningococcus) dan seterusnya koma.  Pesakit bayi dan kanak-kanak kecil lebih susah untuk didiagnosa kerana mereka tidak boleh mengadu kesakitan mereka.  Mereka juga lebih senang dijangkiti meningitis.  Oleh itu, mana-mana pesakit yang disyaki mengalami meningitis terutamanya bayi dan kanak-kanak perlu diuji air tulang belakangnya.  Air tulang belakang ini akan dikaji komposisinya dan dikultur untuk virus, bakteria dan fungi.
Pesakit akan dibaringkan secara mengiring di sebelah kiri.  Belakangnya akan berada di hujung katil; kedua lututnya dibengkokkan sepenuhnya ke dada.  Ini supaya ruang kecil antara tulang belakang bahagian lumbar terbuka.
(Gambar di atas menunjukkan LI ke LV = lumbar 1 hingga lumbar 5.  Perhatikan bahawa saraf tunjang berakhir di Lumbar 2.  Lumbar puncture dilakukan antara lumbar 3 dan lumbar 4.  Ini bermakna lumbar puncture mempunyai risiko yang kecil sahaja untuk memberi efek kepada sistem saraf tunjang. Sumber dari Gray's Anatomy)

Kemudian doktor akan merasa tulang belakang bahagian lumbar pesakit.  Ruang kecil antara tulang lumbar lumbar ketiga dan keempat ialah tempat di mana doktor akan mencucuk untuk air tulang belakang. 
Seterusnya doktor akan mencuci tangan, memakai sarung tangan steril dan mencuci tempat untuk lumbar puncture supaya steril. 
Ubat bius akan disuntik di bawah kulit di kawasan lumbar puncture tersebut.  Ini supaya proses lumbar puncture kurang sakit.
Kemudian, jarum lumbar puncture dimasukkan di ruang kecil antara tulang lumbar ketiga dan keempat.  Jarum ini kecil (22G) dan mempunyai dua komponen jarum: satu jarum mempunyai lubang kecil dan di dalam lubang itu ada satu lagi jarum biasa (supaya lebih senang melakukan lumbar puncture tersebut dan mengurangkan kesakitan pesakit). 
Jarum biasa itu akan ditarik keluar apabila jarum itu telah sampai ke ruang subarachnoid.  Ruang subarachnoid inilah yang mengandungi air tulang belakang.  Apabila jarum biasa itu ditarik keluar, jarum yang berlubang itu akan mengeluarkan air tulang belakang. 
Air tulang belakang yang diperlukan tidak banyak.  Untuk pesakit dewasa, selalunya kurang daripada 5-10 ml diperlukan.
Selepas pengambilan air tulang belakang, pesakit akan diminta berbaring terlentang selama satu jam.  Ini untuk mengelakkan pening kepala selepas pengambilan air tulang belakang.
Prosedur lumbar puncture tidak terkecuali daripada komplikasi.  Pesakit boleh mengalami pening kepala dan ini boleh dielak dengan berbaring selepas prosedur.  Air tulang belakang boleh mengandungi darah (bloody tap) jika jarum terkena pada salur darah halus di tulang belakang.  Pesakit yang mempunyai fungsi darah normal tidak akan mengalami komplikasi akibat bloody tap.  Infeksi juga satu risiko lumbar puncture tetapi risiko ini kecil kerana prosedur ini dilakukan secara steril.  Saraf tulang belakang boleh mengalami iritasi (dysthesia) yang menyebabkan sensasi yang keterlaluan atau berkurangan.  Risiko ini juga kecil kerana ia boleh dielakkan jika lumbar puncture dibuat mengikut prosedur yang betul.
Tahukah anda prosedur bius tulang belakang (spinal anaesthesia) sebelum pembedahan Caesarean juga mempunyai basis yang sama dengan lumbar puncture?  Bezanya ialah dengan bius tulang belakang, ubat bius akan disuntik terus ke ruang subarachnoid selepas beberapa ml air tulang belakang (sama dengan amount ubat bius) dikeluarkan.  Manakala lumbar puncture hanya mengeluarkan air tulang belakang dan tidak memasukkan ubat ke dalam tulang belakang.
Kesimpulannya, jangan takut dengan pernyataan “ambil air tulang belakang.”  Jika dibuat perbandingan, meningitis lebih jauh berkemungkinan tinggi untuk menyebabkan seseorang lumpuh jika tidak dirawat dengan cepat.

Rujukan:

1. Longmore M, Wilkinson I, Torok E.  Oxford Handbook of Clinical Medicine 5th ed, 2001.
2.Schlamovitz G.  Lumbar Puncture. EMedicine.http://emedicine.medscape.com/article/80773-overview 29 March 2011.
3. Gray, H. Anatomy of the Human Body. Philadelphia: Lea & Febiger, 1918; Bartleby.com, 2000. www.bartleby.com/107/.  

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.

9 comments:

  1. Hi Dr Faz,
    Adakah procedure lumber puncture dilakukan ketika pesakit sedar?

    ReplyDelete
  2. Thank you for this info. Adik Kin akan menjalani Lumbar puncture Insyallah hari ni atau esok. Sbb tu kin buat research pasal Lumbar puncture..
    Semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin.

    ReplyDelete
  3. air ketuban isteri saya telah pecah 18 jam lebih awal dpd kelahiran anak saya...iaitu ( isnin ) 12.02.2012 jam 6.05am

    anak saya baru dilahirkan( selasa )13.02.2012.jam 2.12am. tetapi pada jam 9.00 am, doc dapati nafas anak saya sangat cepat. hasil pemeriksaan, didapati dalam darah dan air kencing anak saya terdapat kuman. tanpa memberitahu saya, ( khamis )doc itu telah pun menyuntik dan mengambil air tulang belakang anak saya..keputusan nya dalam 5 hari lagi.. esok ( isnin ) 19.03.2012, doc akan berikan keputusan nya...

    apakah penyakit anak saya hadapi sampai perlu mengambil air tulang blkg?

    apakah risiko pada masa akan datang terhadap anak saya?

    adakah anak saya akan normal seperti kanak2 yang lain nanti?

    bolehkah air tulang belakang itu dihasilkan semula apabila anak saya membesar?

    ramai orang cakap, risiko nya akan jadi teruk seperti terencat akal, lumpuh dan sbgainya?

    tlong bantu saya...
    -rizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam en rizal.

      bole saya camner keadaan anak en rizal skarang. nak saudara saya akan di ambil air tulang belakang ahari ini. kes nya lebih kurang isteri & baby. ttpi doc, terlebih dahulu meminta izin. kami sekeluarga sangat bimbang keadaan baby. camner keadaan baby dan ada masalh lain tak effect drp proses ambil tulang belang ini @ meningitis ? tolong emelkan pada saya norit.nde@gmail.com

      Delete
  4. assalamualaikum...

    dah lama tak update dan kebetulan nampak pulak komen2 ni.

    encik rizal, berdasarkan apa yang encik cerita, saya rasa doc mengesyaki anak encik mengalami meningitis atau infeksi/radang pada selaput otak.

    Air tulang belakang perlu diambil untuk melihat samada terdapat infeksi pada saluran otak atau tidak. Salah satu test yang dilakukan ialah melihat samada ada kuman pada air tulang belakang.

    Kultur kuman inilah yang mengambil masa dalam 5 hari, tapi jangan bimbang, doc akan start antibiotik sejurus selepas mengambil darah, air kencing dan air tulang belakang. Keputusan kultur kuman ini berguna untuk rawatan susulan atau antibiotik yang mula2 diberi tu tidak bertindak secukupnya.

    jika benar anak encik mengalami meningitis, ini mungkin sebab jarak masa antara air ketuban pecah dengan masa anak encik dilahirkan.

    ini juga mungkin sebab kehadiran bakteria dalam saluran peranakan.

    bakteria ni namanya GBS (group B streptococcal) dan normal dalam saluran peranakan sesetengah wanita (25%), tapi bahaya kepada baby.

    dalam kes begini terutamanya bahagian baby dan kanak-kanak, jika doc berasa keadaannya agak genting, doc boleh mengambil sample air tulang belakang tanpa terlebih dahulu mengambil izin dari ibu bapa.

    alhamdulillah, bila pulih, bayi2 yang didiagnose dgn infeksi dari selaput otak ini membesar seperti bayi2 lain. terutamanya jika bayi2 ini dirawat awal. air tulang belakang akan terhasil seperti biasa, dalam baby mahupun org dewasa.

    masalah seperti terencat akal, lumpuh dan sebagainya berlaku bukan sebab mengambil air tulang belakang, tetapi sebab infeksi selaput otak itu sendiri. Ini berlaku jika lewat mengambil rawatan ataupun kuman itu sendiri merebak terlalu cepat.

    saya doakan supaya anak encik rizal akan segera pulih, insya-allah.

    ReplyDelete
  5. Salam.....nsib baik saya jmpa info ttng pengambilan air sum sum ni....trima ksih atas info yg d beri kn...7.10.13 saya akn mnjalani proses ni...hrap2 smua nya akan slamat....pada mula nya saya agak kberatan utk melakukannya,tp slpas m'baca info ni saya berasa lbih yakin utk melakukannya...

    ReplyDelete
  6. Berapa kali air tulang belakang boleh di ambil. Kakak saya doc ambik kali pertama, jangkitan still tak tahu punca and sebab, sekarang ambik sekali lagi. Selamat ke ambik lebih dari sekali?

    ReplyDelete